Selasa, 19 Julai 2011

Bantal berintikan lampin pakai buang terpakai.


Pernahkah anda terfikir apa yang terkandung disebalik isi bantal yang  digunakan pada setiap malam, ataupun pada setiap kali menonton televisyen ?
Sememangnya ramai yang tahu  bantal diperbuat dari kapas , kain2 perca dan span. Yep..sangkaan yang betul  tapi tahukah anda bahawa  bantal juga boleh  diperbuat dengan berintikan sampah2 yang dikitar semula ataupun dengan panggilan yang lebih tepat ialah dengan menyebutnya sebagai LAMPIN BAYI TERPAKAI yang telah dikisar dengan tidak berape rapi. Sebuah info yang menarik bukan?.  Idea yang kreatif serta menjimatkan kos. So, bagi sesiapa yang ingin mencubanya,dipersilakan kerana ia mungkin satu kaedah untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. Hehe..
Dimanakah cerita ini diperolehi??
Adakah ia sebuah rekaan semata - mata?
ini bukan rekaan ataupun fitnah tetapi ia merupakan 
TRAGEDI yang berlaku terhadap keluarga ALI HASAN sekeluarga.
YER!! IA BERLAKU PADA KELUARGAku sendiri
pada 3Ramadhan 2010.  

BAGAIMANA IA BERMULA?
Ia bermula setelah my mom tibe2 je jadi rajin nak buka jahitan sarung bantal untuk digantikan kepada yang baru. Almaklumlah bantal raye la dikatekan...


cuba anda perhatikan dengan teliti...
hah....ini lah yang dimaksudkan itu..

selain lampin pakai buang bayi, terjumpa juga benang2 terpakai dan dicampurkan sedikit bersama kekabu yang  rupanya juga seperti terpakai..





Setelah diselidik dengan rapi, jenama Dr_ _ _p_rs yang banyak  dalam bantal aku tu..



ini habuk - habuk lebihan isi bantal ni..

Apabila diperhatikan betul2, terdapat kesan bewarna coklat  dan kekuningan yang mungkin  merupakan bekas2 najis bayi dan bekas darah haid wanita. 














Yang ini pulak merupakan kapas yang merupakan isi bantal yang sepatutnya digunakan .
Oleh kerana bantal yang sedia ada telah diketahui tercemar dan terdedah dengan najis ,
maka perlulah digantikan dengan bant tal yang baru(hasil tangan sendiri).


K.....
Sebelum out, ingin juga ku berpesan kepada pembaca sekalian supaya lebih berhati - hati ketika membeli bantal ataupun
apa2 barang ..Jadilah pengguna yang bijak..
Sebagai langkah keselamatan belilah bantal 100% cotton or mahir2 kan lah diri anda terhadap kemahiran menjahit
supaya boleh digunakan kemahiran tersebut untuk membuat bantal...ye la..kiranya sebagai langkah keselamatan lah..
AWAS...mungkin anda adalah pengguna bantal yang menjadi mangsa yang seterusnya!!

WASSALAM........



3 ulasan:

  1. Yess ... macam nie baru betul bantal busuk ..


    jemput singgah
    kertas80gsm.blogspot.com

    BalasPadam
  2. memang betul2 busuk..hahaha.. anywer.tq sbb sudi singgah at my blog y x seberape ni.. :)

    BalasPadam
  3. eeekkk...ngeri bila bayangkan bantal yang kita gunakan setiap hari diisi dengan benda2 seperti kat atas tu...

    BalasPadam