Ahad, 19 Februari 2012

MAKANAN HALAL, SYUBHAH OR HARAM??







Terfikir sejenak akan  tentang pemakanan haram dan syubhah yang membelenggu nasib ummat islam. Adakalanya hairan melihat sesetengah hamba Allah . Kelihatan seperti  banyak ibadah solat yang dilakukannya, tidak cukup yang wajib, di topup pula dengan amalan sunat seperti solat malam dan sebagainya tetapi megapakah  dia masih terdedah dari melakuan dosa2 besar terutamanya??  .   Adakah mungkin amalan nya itu tidak diterima oleh Allah?? Begitu banyak persoalan yang timbul dikepala ini  apabila direnung jauh - jauh,.Jika ingin dikatakan tidak punyai bacaan yang betul ketika solat, tidak mungkin. Apabila diselidik rupanya makanan syubhah lah yang menjadi punca amalan ibadah tersebut mungkin tidak diterima Allah. Ini disebabkan oleh

" Rasulullah s.a.w bersabda :”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”


... hati yang mempengaruhi seluruh tubuh..tapi ketahuilah juga hati mempengaruhi akhlak kita juga kerana sesungguhnya makanan membentuk peribadi.

Bersihkanlah makanan mu nescaya sudah pasti engkau menjadi orang yang diperkenankan doa. kerana sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram kedalam tubuhnya tidak akan diterima amalnya selama 40 hari. Dan setiap hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram, nerakalah yang lebih layak ke atasnya.

Saudara dan saudari,

renungilah sejenak adakah ibadah kita selama ini dapat mencegah kita dari melakukn dosa??
Akhlak yang buruk adalah berpunca dari pemakanan haram samaada kita sedar ataupun sebaliknya.. Seperti mana ia sesuai dengan petikan hadis yang berbunyi..


''sesungguhnya yang halal itu terang jelas
…. Dan sesungguhnya yang haram juga jelas dan diantara keduanya terdapat perkara yang syubhat yang kesamaran yang kebanyakan manusia tidak megetahuinya.Barangsiapa yang menjaga dari perkara syubhat, sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan juga maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh kedalam perkara syubhat maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram umpama seorang pengembala yang berada di kawasan larangan. Dibimbangi dia akan ceroboh masuk ke dalamnya.

Hadis ini jelas menyatakan bahawa sesungguhnya kita tersembunyi dari pemakanan syubhah yakini makanan yang tidak jelas statusnya samaada halal ataupun haram.. Tetapi kita digalakkan menjaga perkara/ makanan syubhat itu supaya dapat mempelihara agama dan maruah diri kita..Kerana sesungguhnya perkara/makanan syubhah itu berisiko mengheret kita ke lembah dosa dan makanan haram.

Maka tidak hairanlah apabila doa kita seperti tidak bermakna kerana sesungguhnya hadis  ada  menyatakan doa orang yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram adalah layak ditempatkan di neraka dan tidak diterima amalnya selama 40hari.. Renungilah lagi .,, setiap hidangan yang kita makan , berapa suapkah yang kita terima? Ini bermakna kita mungkin akan ditolak amal selama lebih 40 hari untuk sesuatu hidangn haram yang kita makan. Amal disini bermakna segala bentuk kebaikan yang kita lakukan termasuklah amalan sunat dan wajib.