Khamis, 26 Mei 2011

Memori di Jeram Linang,Machang


Assalamualaikum...


Memori sem yang lalu kadang - kadang menyingkap rasa rindu untuk kembali besama korang.
Shie, zila, & dua budak lelaki yang aku sendiri  lupa namanya...
Nama2 inilah yang menjadi peneman dikala " tension study "..

Selasa, 24 Mei 2011

SPONTAN je ..


Malam tadi adalah malam yang paling bosan bagi aku. So, dalam mengisi ruang kekosongan hati ini.., akupun mencari hiburan..Emmm...tengok tv lah..mane lah tahu ade cerita bes ke?.. tengok punya tengok pun xde juga yang menarik minat.. Jalan yang terakhir adalah youtube!!.. hehe.. Ingin tahu cerita apa yang aku tengok tu??...jom layan video kat bawah ini.. selamat menonton.. :)





Amacam??.. bes x??
pecah perut punya.. Apapun thankz sebab sudi melayan myblog ni..


Selasa, 17 Mei 2011

Kembali kepada fitrah dan sunnatullah.. :)

Fitrah-pusingan planet yang berputar secara tawaf.


       Rasa sangat serba salah untuk beli jam jenis analog apabila mengenangkan sejarah penciptaan jam analog yang menjadi tanda anti fitrah  dan sunnatullah. .Berdasarkan hadis nabi :
      
   "Barangsiapa yang mengikuti sesuatu kaum, maka dia tergolong di kalangan kaum tersebut"

Ahad, 15 Mei 2011

1 Dunia Islam kena tipu ( petikan dari blog : http://helmdahl.blogspot.com)

Iblis merupakan musuh kepada Umat manusia semenjak beliau yang di laknat oleh ALLAh s.w.t akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s. Bermula daripada sangka buruk Iblis terhadap penciptaan Nabi Adam sehinggalah akhirnya beliau yang menaruh dendam terhadap Umat Nabi Adam dan berjanji untuk menyesatkan Umat manusia ini sehinggalah ke hari kiamat. Inilah musuh-musuh ALLAH yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan Umat manusia terutama Umat Islam dan di antaranya adalah Iblis, Syaitan dan jin, Dajjal dan kuncu-kuncunya yakni Yahudi dan Nasrani.
'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala'.- Surah Al-Fathir ayat 6


Rabu, 11 Mei 2011

Widgeo kat blog aku x tepat!!

Rupanya widgeo  yang aku paparkan di blog aku ini tidak tepat. Maka dengan ini aku mengusahakan untuk mendapatkan kepastiannya. Hasilnya korang boleh ''view'' gambar di bawah ini sebagai bukti.. hihi.. :)

Jom Bongkar Rahsia Kaabah..!!

Apabila sudah mula bosan meniti hari di cuti sem ini, mula lah aku mencari sesuatu yang boleh dibaca. Sedang aku menyelongkar rak almari kat ruang tamu rumah aku ni, terjumpa lah sebuah buku ini..
Inilah buku yang dimaksudkn..


 Tajuk buku ialah MEMBONGKAR RAHSIA KAABAH..
 Mengandungi 61 muka surat,
 Penulisnya ialah Azizan Ahmad.
 Antara cerita yang terkandung di dalamnya ialah....

tinggal 3 batang tiang kayu je..




Perisian Kaabah :
       Berdasarkan pemahaman aku, Kaabah pada asalnya ( zaman nabi Muhammad SAW ), mempunyai 6 tiang kayu yang dibina oleh kaum Quraisy. Tetapi setelah pembinaan yang dilakukan oleh Sultan Murad, hanya tinggal 3 batang sahaja. Selain itu, terdapat juga tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung. Siap dipasang bersama tirai kain  hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah terpasangnya marmar putih dan merah. Dinding Kaabah pula dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

       Tulisan kalimah syahadah tersergam dengan tirai yang berwarna merah putih. Tirai ini digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan 4 penjuru bahagian dalam dinding Kaabah. Oleh kerana faktor usia dan masa yang agak lama, maka warnanya kini menjadi seperti hijau dan kelabu.

        Ada pelbagai jenis lampu berwarna- warni lampu yang

Selasa, 10 Mei 2011

Antara benci dan rindu..



Sem sesi Disember 2010 baru sahaja berlalu meninggalkan aku. Masih  tercalit segar dalam ingatan ini tentang suka duka kehidupan di PKB(politeknik kota bharu). 



 Timbul pula perasaan rindu bila mengenangkan keindahan suasana kamsis dan suasana proses pembelajaran aku dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Pertanian. Terutamanya ketika melakukan amali memandu traktor, J.C.B, dan lain2 lagi.

Tapi timbul juga rasa benci bila mengenangkan kedukaan yang membuatkan aku sendiri tidak kenal siapa diri aku ini..
       
Yang lalu biarlah dijadikan pengajaran untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang perlu dilalui. Kini, aku harus teruskan kehidupan sebagai khalifah Allah dan mencoretkannya sedikit sebagai renungan bersama ke dalam blog aku ini yang aku namakan sebagai :
                   TITIAN AINUL HAYAT ( titian mata kehidupan)  

Isnin, 9 Mei 2011

Famly ku. Slideshow

Suke2 je...jom tonton slideshow berkenaan gambar2 keluarga aini.. (^_^)



Famly ku. Slideshow: Aini’s trip to Melaka, Melaka State, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Melaka slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.