Rabu, 11 Mei 2011

Jom Bongkar Rahsia Kaabah..!!

Apabila sudah mula bosan meniti hari di cuti sem ini, mula lah aku mencari sesuatu yang boleh dibaca. Sedang aku menyelongkar rak almari kat ruang tamu rumah aku ni, terjumpa lah sebuah buku ini..
Inilah buku yang dimaksudkn..


 Tajuk buku ialah MEMBONGKAR RAHSIA KAABAH..
 Mengandungi 61 muka surat,
 Penulisnya ialah Azizan Ahmad.
 Antara cerita yang terkandung di dalamnya ialah....

tinggal 3 batang tiang kayu je..




Perisian Kaabah :
       Berdasarkan pemahaman aku, Kaabah pada asalnya ( zaman nabi Muhammad SAW ), mempunyai 6 tiang kayu yang dibina oleh kaum Quraisy. Tetapi setelah pembinaan yang dilakukan oleh Sultan Murad, hanya tinggal 3 batang sahaja. Selain itu, terdapat juga tangga kayu yang dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung. Siap dipasang bersama tirai kain  hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah terpasangnya marmar putih dan merah. Dinding Kaabah pula dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

       Tulisan kalimah syahadah tersergam dengan tirai yang berwarna merah putih. Tirai ini digunakan untuk menutup bahagian dalam bumbung Kaabah dan 4 penjuru bahagian dalam dinding Kaabah. Oleh kerana faktor usia dan masa yang agak lama, maka warnanya kini menjadi seperti hijau dan kelabu.

        Ada pelbagai jenis lampu berwarna- warni lampu yang
dipasang diantara 3 tiang Kaabah. Menurut tulisan buku ini, lampu - lampu ini adalah hadiah2 yang diberikan orang untuk Kaabah semenjak berkurun - kurun lagi.

        Terdapat sepasang kayu papan  yang dilekatkan pada dinding Kaabah, Kayu ini berasal dari bahtera nabi Noh. Terdapat juga sekeping marmar merah 4segi di sebelah sudut utara dalam Kaabah. Antara barangan lain yang yang ada di sini ialah barang tinggalan sejarah yang diletakkan di penjuru Iraqi,barangannya terdiri daripada sepasang subang yang dipercayai milik Siti Maryam dan satu tanduk kibas. 

                                         


Tiada ulasan:

Catat Ulasan